KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010
Posted by SMK CHINI | 12:32:00 PM | 0 commentsMAKLUMAT LANJUT klik disini
Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah
Posted by SMK CHINI | 12:24:00 PM | 0 commentsLabels: MAKMAL KOMPUTER, PERATURAN MAKMAL ICT
1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.
2. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.
3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.
4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.
5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.
6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.
7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.
8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.
9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)
10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.
11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.
12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.
13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.
14.Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.
15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.
16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.
17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.
18. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2010 | 19 – 28 Mac 2010
Posted by SMK CHINI | 9:36:00 AM | 0 commentsLabels: pesta buku antarabangsa 2010
PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2010
Posted by SMK CHINI | 9:22:00 AM | 0 commentsLabels: smkc
Perhatian:
1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2010. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
Maklumat Lanjut : Sila KLIK DISINI
WELCOME BACK TO SCHOOL!
Posted by SMK CHINI | 9:07:00 AM | 0 commentsLabels: cuti, kembali, kembali ke sekolah
Selamat Kembali ke Sekolah buat semua pelajar SMKC dan guru-guru setelah seminggu bercuti.
Harapan semoga hari-hari anda lebih bersemangat daripada hari-hari sebelum ini..
Bersiap sedia dengan aktiviti-aktiviti yang bakal di jalankan di sekolah.
Tips Pelajar Cemerlang
Posted by SMK CHINI | 9:08:00 AM | 0 commentsLabels: pelajar cemerlang
1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam)
2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)
3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam)
4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)
7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)
8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)
9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula)
12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)
13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah)
16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)
17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)
18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar)
20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula)
Note: Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang
sumber: http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/09/14/tips-pelajar-cemerlang/
Selamat Bercuti
Posted by SMK CHINI | 9:27:00 AM | 0 commentsLabels: pelajar, persekolahan, selamat bercuti, SMKCHINI
SELAMAT BERCUTI
Buat semua pelajar dan guru-guru.
Cuti Persekolahan Penggal Pertama.
Di harap para pelajar dapat menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran dan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah.
Jangan Sia-siakan peluang yang ada.
Cuti bermula 13 March 2010 hingga 21 March 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)






