PERTANDINGAN BAKAT SENI KARTUN MERDEKA

| | 0 comments




JOM KITA SAMA-SAMA MENYERTAI PERTANDINGAN INI..

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DAN BORANG PERTANDINGAN, 


TARIKH TUTUP PERTANDINGAN : 15 JULAI 2010 HINGGA 31 OGOS 2010


HARI KOPERASI SMK CHINI 2010

| | 0 comments






PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN MEI 2010

| | 0 comments


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BUAT PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT. SEMOGA SEGALANYA BERJALAN LANCAR DAN DIBERI KEMUDAHAN SEMASA PEPERIKSAAN DIJALANKAN.

SEMOGA BERJAYA!
| | 0 comments

Kejayaan Milik Kita Bersama...

| | 0 comments

PERUTUSAN HARI GURU 2010 OLEH Y.BHG. TAN SRI KPPM

| | 0 comments

PERUTUSAN HARI GURU 2010
oleh
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
 
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”
 

Tema Hari Guru Malaysia

| | 0 comments

2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

 

Maklumat Sambutan Hari Guru 2010

| | 0 comments

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Sambutan Hari Guru seperti Senarai Aktiviti, Tema, Lagu Hari Guru sila layari - Portal Rasmi Hari Guru 2010

sumber: kpm malaysia
| | 0 comments

KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN WEB JPN PAHANG

KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010

| | 0 comments

MAKLUMAT LANJUT klik disini

Peraturan Asas Penggunaan Makmal ICT Sekolah

| | 0 comments


1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.
2. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.
3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.
4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.
5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.
6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.
7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.
8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.
9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)
10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.
11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.
12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.
13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.
14.Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.
15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.
16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.
17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.
18. Tindakan displin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2010 | 19 – 28 Mac 2010

| | 0 comments

 
KLIK DI SINI

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2010

| | 0 comments

Perhatian:

1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 April 2010. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Maklumat Lanjut : Sila KLIK DISINI

WELCOME BACK TO SCHOOL!

| | 0 comments

Selamat Kembali ke Sekolah buat semua pelajar SMKC dan guru-guru setelah seminggu bercuti.
 Harapan semoga hari-hari anda lebih bersemangat daripada hari-hari sebelum ini..
Bersiap sedia dengan aktiviti-aktiviti yang bakal di jalankan di sekolah.

Tips Pelajar Cemerlang

| | 0 comments


1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam)

 2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)

 3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam)

 4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

 5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

 6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)

 7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)

 8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)

 9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)

 10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

 11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula)

 12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)

 13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)

 14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

 15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah)

 16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)

 17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)

 18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)

 19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar)

 20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula)

 Note: Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang

sumber: http://cintadearhaniey.wordpress.com/2007/09/14/tips-pelajar-cemerlang/

Selamat Bercuti

| | 0 comments

SELAMAT BERCUTI
Buat semua pelajar dan guru-guru.
Cuti Persekolahan Penggal Pertama.
Di harap para pelajar dapat menggunakan masa yang ada untuk mengulangkaji pelajaran dan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah.
Jangan Sia-siakan peluang yang ada.

Cuti bermula 13 March 2010 hingga 21 March 2010.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

| | 0 comments

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN BULAN MAC BAGI SEMUA PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 5..
SEMOGA KEJAYAAN ADALAH MILIK ANDA SEMUA..

TEKUN DAN USAHA DALAM SETIAP APA YANG DILAKUKAN..

GooD LuCk !

WEBSITE SMK CHINI

| | 0 comments

Sila Layari Laman Web Sekolah kami..


TERIMA KASIH..


PERTANDINGAN MEMBUAT BLOG 2010 SEKOLAH2 DAERAH PEKAN,PAHANG

| | 0 comments

Layak kpd Semua Pelajar..
Semua peserta layak mendapat sijil penyertaan..
Borang penyertaan boleh di ambil di makmal komputer smkc..
Kepada pelajar yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah menghadiri kelas yang akan di adakan..

Tempat : Makmal Komputer
Hari: Selasa dan Rabu Mulai 23/02/2010
Jam: 3ptg hingga 4ptg

Tarikh Tutup Penyertaan: 16 March 2010

PENGUMUMAN

| | 0 comments

PERHATIAN KEPADA GURU-GURU YANG MEMEGANG LAPTOP PPSMI ATAU LAPTOP SEKOLAH SAHAJA..

Anti virus Kaspersky yang telah tamat tempoh perlu di "UPGRADE"..

Guru-Guru yang berkenaan bolehlah menghantar laptop tersebut ke makmal komputer atau menyerahkan kepada Juruteknik Komputer (Rosima Mohd Basik) dan Fasilitator Schoolnet ( Siti Dzaharriah Bidin )

Kerjasama Guru-Guru amat di hargai...

Terima Kasih...

PENGURUSAN & PENTADBIRAN

| | 0 comments

LINK

| | 0 comments

SMK CHINI< PAHANG = http://smklktpchini.blogspot.com/

HUBUNGI KAMI

| | 0 comments

Sebarang masalah, komen, cadangan dan aduan boleh di ajukan kepada pihak kami


SMK (LKTP) CHINI,
Felda Chini 2,
26690 Pekan, Pahang
Pahang Darul Makmur

 
Emel : smkchini@yahoo.com
 No. Tel : 09 4566163

No. Fax : 09 4565133


VISI DAN MISI SEKOLAH

| | 0 comments

VISI SEKOLAH

SMK CHINI AKAN MENCAPAI PENINGKATAN PRESTASI PELAJAR DALAM SEMUA ASPEK PENDIDIKAN DI SEKOLAH PADA SETIAP TAHUN MENJELANG TAHUN 2011


MISI SEKOLAH

SMK CHINI AKAN MELAKSANAKAN PROGRAM PENDIDIKAN YANG TERANCANG DAN BERSEPADU, MENGGUNAKAN SEPENUHNYA SUMBER-SUMBER YANG ADA, PENGLIBATAN YANG TINGGI DARIPADA SEMUA PIHAK BAGI MENCAPAI PENINGKATAN PRESTASI PELAJAR DALAM ASPEK KURIKULUM, KO-KURIKULUM, BINA INSAN, KECERIAAN DAN PENGURUSAN PEJABAT

SEJARAH SEKOLAH

| | 0 comments


SMK Chini adalah sebuah sekolah menengah dalam daerah Pekan dan berada di bawah pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Pekan. Letaknya kira-kira 90 km dari Bandar Pekan dan kira-kira 100 km dari Bandar Kuantan. Sekolah ini tidak jauh dari Tasik Chini iaitu salah satu pusat pelancongan yang terkenal di negeri Pahang. Jaraknya adalah 15 km.

SMk Chini ditubuhkan pada tahun 1983 dan dibina di atas kawasan tanah seluas 25 ekar. Pengetua yang pertama ialah En Mohd Noor Rashid bin Mohd Saud yang berkhidmat selama 9 tahun (1983-1992). Sekolah ini terdiri daripada 8 blok bangunan yang menempatkan pejabat, kelas, makmal sains, pusat sumber, kantin dan bengkel. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah menengah dalam Gugusan Chini (Chini 1-5) dan Felda Chini Timur. Sekolah ini menyediakan pelajaran menengah bagi murid-murid lepasan sekolah kebangsaan di Gugusan Chini dan Chini Timur. Terdapat kira-kira 3500 keluarga peneroka di kawasan ini dan kerana itulah sekolah ini mempunyai bilangan pelajar yang ramai.